Friday 20 May 2011

kau sempurnakan ku

Bab 1
‘’eh! Cuba kau tengok tu, ada beberapa orang budak kelas sebelah masuk kelas kitalah tahun ni, wah! Ada yang hensem lah! Cuba kau tengok yang tinggi tu, mesti pandai! Makin hebatlah saingan tahun ni,  ni yang buat aku nak bagi support lebih kat kau ni’’,bisik anis pada nadia zulaikha sambil mengekek ketawa,
‘’amboi? Aku ingatkan kau yang nak bersaing dengan diorang, aii? Takut ke?’’,balas nadia zulaikha sambil melemparkan pandangan melihat gelagat beberapa orang murid baru di kelas mereka.
Anis hanya tersenyum memandang tingkahlaku rakan baiknya itu, sudah masak benar dia dengan perangai nadia zulaikha, almaklum sahajalah, sudah hampir 7 tahun mereka menjadi rakan baik.
‘’eh nad, aku gerak pergi kantin kejap ea? Laparlah,’’ jerit anis dari luar kelas sambil tersenyum memandang kearah rakannya itu, nadia zulaikha hanya menyambut panggilan tersebut dengan senyuman sambil matanya memandang sepi lenggok anis berjalan  bersama najihah ke kantin. Kadang-kadang, pelik juga nadia dibuatnya, tak bersarapankah rakannya tersebut di rumah? Namun, pertanyaan tersebut hanya dibiar sepi.
Namun, tanpa disedari nadia zulaikha, terdapat sepasang mata yang asyik memandangnya.Faidz  Qayyum Jejaka tersebut lama memerhatikan gelagat nadia zulaikha, baginya, gadis berkaca mata itu ada keistimewaan dan keunikan yang tidak dapat dipastikan lagi. Wajarkah dia menghulurkan salam perkenalan? Takut disalaherti pula. almaklum sahajalah, dia merupakan antara murid baru yang dapat bertukar ke kelas tersebut. Sedang asyik dia menikmati wajah manis nadia zulaikha,tiba-tiba gadis tersebut memalingkan muka kearahnya. Pandangan mereka bertaut.lama pandangan itu terpaku di situ, namun, dengan segera qayyum mengalihkan wajahnya kea rah lain.
Tetapi, nadia zulaikha lebih pantas melancarkan tindakan. ‘’oh, patutlah aku rasa semacam je, ada orang tengah sibuk tengok aku, sukahati dia je tengok aku macam tu, dahlah tu, pandang semacam je, nak kena ni, ni yang nak kena bagi pelajaran sikit ni’’. Bebel nadia seorang diri.
Lantas, dia bangun dan berjalan dengan penuh rasa geram kea rah jejaka tinggi tersebut.
‘’hei! Apa pandang-pandang? Apa yang awak sibuk sangat tengok muka saya ni, daripada tadi saya perhatikan awak, apa? Muka saya ni takde hidung ke? Sampai macam tu sekali awak tengok saya?’’,
Sambil direnungnya qayyum dengan pandangan yang sangat tajam. Ingin sahaja dicekiknya jejaka itu, biar tercekik, pastinya dia akan merayu-rayu kepada nadia minta untuk tidak dicekik.hihi, geli hatinya apabila membayangkan perkara sebegitu berlaku. Tanpa disedari nadia zulaikha, dia sudah tersengih-sengih di hadapan qayyum. Qayyum hanya memandang dengan pelik ke arahnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.’’pelik betul perempuan ni, tadi nak marah aku, sekarang ni dah tersengih-sengih pulak, hai..tak paham betullah perempuan zaman sekarang ni’’. Kata qayyum sambil menggoyang-goyangkan tangannya dihadapan nadia zulaikha.
Namun, secara tiba-tiba dia terkejut apabila gadis tersebut tersedar dan tangannya terkaku betul-betul di hadapan mata nadia zulaikha. Dia memandang nadia dengan senyuman seikhlas mungkin, dengan harapan supaya gadis tersebut tidak salah sangka dengan perbuatannya. Namun, segala usahanya sia-sia,apabila nadia zulaikha bertindak untuk menjerit sekuat hatinya.’’aaarrgghh!! tooolloonnggg!!!!!! Dengan spontan qayyum menutup mulut nadia yang sedari tadi menjerit.
Namun nadia lebih cekap, semua yang sudah dipelajari dalam kelas karatenya,dipraktikkan pada masa itu. Dia menyepak bahagian sulit qayyum sekuat hati sambil menggigit tangan yang menutupi mulutnya. Apa  lagi, terduduk qayyum apabila nadia menendang bahagian sulitnya. Nadia zulaikha bertepuk tangan melihat jejaka itu menyeringai kesakitan. ‘’haa..baru padan muka awak! Sape suruh pandai-pandai pegang saya? Nah..rasakan…hihi’’, mengekek dia ketawa sambil berjalan beredar ke tempat duduknya.
Qayyum hanya memerhatikan sahaja gelagat gadis itu dalam kesakitan. Dia memarahi diri sendiri. ‘’apalah kau ni qayyum!habislah rancangan nak kenal dengan budak tu, dahla tak dapat kenal, sakit pulak yang dapat, hai..bala-bala..takpe..tunggu jelah balasan daripada aku’’sambil berhati-hati dia meregangkan kakinya.
Kelas yang ketika itu bising seperti pasar  tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Oh..puan aziah rupanya yang menjadi guru kelas mereka tahun ini.
‘’bangun semua… selamat pagi cikgu..’’ arahan ketua tingkatan  murid-murid lain. ‘’baiklah, selamat pagi semua, buat pengetahuan kamu semua, saya yang akan menjadi guru tingkatan kamu pada tahun ini’’kata puan aziah kepada murid-murid sekelasnya itu. Kata-kata guru tersebut disambut dengan sorakan murid-murid kelas 5sains itu. Sememangnya mereka menggemari guru tersebut kerana perawakannya yang bersifat keibuan.
Puan aziah hanya tersenyum memandang mereka. Sudah faham benar perangai anak-anak muridnya itu. ‘’baiklah, mari kita bincangkan organisasi kelas ini pada tahun ini, sesiapa yang ingin membuat pencalonan untuk melantik ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan, sila angkat tangan’’. Begitulah situasi mereka melakukan undian. Namun begitu, puan aziah sudah ada perancangan dan strategi untuk meningkatkan mutu pembelajaran anak muridnya.
‘’baiklah murid-murid, saya ingin membuat cadangan untuk kedudukan tempat duduk di kelas ini, baiklah, kita akan melakukan pengundian untuk menentukan dengan siapakah kamu akan duduk, setuju?’’, pertanyaan guru comel itu dijawab dengan sorakan murid-muridnya, tanda mereka setuju.
Nadia zulaikha juga bersetuju dengan cadangan guru itu, baginya mungkin ada kelebihan untuk duduk bersama orang lain. Sekali sekala perlu juga bertukar angin. Namun begitu, dia berharap untuk tidak duduk bersama dengan murid lelaki yang nakal. Dalam diam dia berdoa semoga hajatnya terkabul.
‘’murid-murid, di tangan saya ada 25 nama yang telah siap ditulis, seorang hanya perlu mengambil satu gulung sahaja nama di dalam kotak ini, faham?’’. Dia menuju ke setiap orang murid untuk menghulurkan nama tersebut, sampai sahaja dia di hadapan nadia zulaikha, kelihatan seperti gadis yang berkulit kuning langsat itu sedang terkumat-kamit sambil memejamkan matanya. ‘’haa, kenapa dengan awak ni nadia? Cepat ambil nama ini,’’nadia hanya tersengih memandang gurunya itu sambil mengambil gulungan nama itu.
Semua murid telah di beritahu untuk tidak membuka dahulu gulungan nama itu. Mereka membukanya serentak bersama. Dan apabila dibukanya, nadia zulaikha terkejut melihat nama yang dibaca,FAIDZ QAYYUM?. Qayyum pula hanya memandang pelik nama yang dipegangnya, NADIA ZULAIKHA? ‘’ Siapa dia??’’ Mereka berdua mengeluarkan soalan yang sama sambil menggaru kepala. ‘’ah! Biarlah,nanti tahu juga’’, bisik hati mereka. Dia dan anis terpaksa berpisah kerana anis mendapat nama irfan untuk menjadi teman semejanya. Nadia tahu yang anis tidak begitu menyukai irfan kerana pada anis,irfan adalah budak ‘skema’.nadia zulaikha hanya tersenyum memandang gelagat mereka berdua, irfan dengan senyuman lebar kerana dapat duduk di sebelah gadis pujaannya, tetapi anis pula hanya memanjangkan muncung berinci-inci  ketika duduk di sebelah irfan.
Murid-murid dalam kelas tersebut sedang sibuk mencari pasangan masing-masing dan kini hanya tinggal qayyum dan nadia sahaja yang tidak bergerak. Nadia yang sedari tadi matanya meliar mencari siapakah gerangan jejaka yang bernama  faidz qayyum itu, terkejut besar apabila melihat seorang lelaki tinggi bergerak kearahnya, dan kemudian dia melopong kerana itulah jejaka yang telah ‘diajar’ tadi. ‘’alamak! Takkan mamat ni kot? Aduh! Ni yang susah ni.’’ Qayyum yang berjalan mencari pasangannya tiba-tiba mati langkah kerana melihat tanda nama di tudung gadis yang menyepaknya tadi. NADIA ZULAIKHA. ‘’ya allah, kenapalah kau bagi aku duduk dengan perempuan ganas ni, ampunkan dosaku ya allah’’. Dalam hati qayyum berdoa apabila dia tahu yang dia akan duduk bersama dengan ‘si ganas’. Moga- moga dia selamat, bisik hatinya.
Berlainan pula dengan nadia zulaikha, hatinya berdebar kerana dia terpaksa duduk dengan lelaki yang disepaknya tadi. Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalam hatinya kerana membuat perkara seperti itu kepada qayyum. Sedang dia berangan, tiba-tiba, ‘’awak ni ke nadia zulaikha?,’’ nadia segera mendongak  dan hampir berlaga dengan dagu qayyum kerana kepala qayyum ditundukkan sehingga hanya berada beberapa inci sahaja di kepala nadia, wajahnya merona merah. Dia menahan malu dengan menggigit bibirnya. Itulah tabiat yang sukar dibuang sejak dia kecil. ‘’err, erm..awak ke faidz qayyum? Boleh panggil saya nadia je’’, begitu berhati-hati ucapannya sambil menunduk kerana masih malu melihat qayyum.  qayyum terus duduk di sebelahnya kerana melihat puan aziah yang sudah sampai untuk melihat, hasil pertukaran kedudukan tadi. Nadia masih malu lagi mengenangkan peristiwa tadi sambil dia mengomel sendirian, ‘’eish! Yang aku nak malu-malu ni apahal? Dia yang langgar aku, aku nak malu pehal, apalah, sengal betul!’’. Qayyum yang terdengar omelan nadia hanya tersengih sendirian,dalam hatinya, dia gembira kerana dapat duduk bersama dengan gadis itu. Entah kenapa, hatinya bagai ditarik-tarik untuk mengenali gadis itu,ada sesuatu yang membuatkan dia terpaku setiap kali pandangan mereka bertentang.

Hari itu mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja sepanjang pengajaran. Masing-masing hanya melayan perasaan sambil memikirkan hari-hari yang bakal mereka lalui ‘bersama’.






BAB 2
Krriingg!! Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran hari itu akan bermula. Tiba-tiba, nadia teringat bahawa hari itu merupakan aprilfool. Walaupun dia sudah mengetahui tentang keburukan hari itu,namun, dia tetapmahu mengenakan seseorang. Anis, hanya menggelengkan kepala sahaja apabila melihat gelagat kawannya yang sedari tadi sibuk memanjangkan leher ke sana kemari untuk mencari mangsanya hari ini. Sudah beberapa kali dinasihat rakannya itu, namun, nadia tetap akan menjawab, ‘’ala, sorang je. Hihi’’. Sudah masak benar dia dengan perangai nakal nadia.
Anis hanya memandang rakannya itu, dalam hatinya, ‘’nak jugak aku tahu, sapelah gerangan yang ‘bertuah’ akan dikenakan oleh nadia. Nadia yang sedari tadi sibuk mencari ‘mangsanya’, tiba- tiba mendapat akal untuk mengenakan jejaka di meja sebelahnya, namun qayyum masih belum kelihatan. ‘’heish, manelah si cipan ni, dah lama aku tunggu, tak sabar nak kenakan dia ni’’.dia tergelak sendiri memikirkan idea yang telah datang kepadanya. Sememangnya nama gelaran , cipan telah diberikan oleh nadia untuk qayyum. ‘’ahaa..dah datang pun dia’’. Nadia hanya tersenyum nakal melihat tubuh tinggi itu bergerak laju ke arahnya dan kemudian duduk di sebelahnya dengan keadaan kelam kabut. Nadia kemudian memulakan rancangannya. ‘’ehem..ehem..’’ tegurnya sambil tergelak’’. ‘’ya? Ada apa?’’ jawab qayyum yang mendengar deheman nadia itu.
‘’bangun lambat ke?’’ tanya nadia. Qayyum yang pelik memandang nadia lalu bertanya, ‘’macam mana awak tahu saya bangun lambat?’’.  Nadia hanya senyum  lalu melancarkan rancangannya dengan menjawab, ‘’tu..awak tak zip seluar!’’, gelaknya terburai juga di situ. ‘’hah? Mane?  Mane?’’ tanya qayyum sambil melihat kearah seluarnya. Kemudian, dia dengar nadia menjerit ke arahnya, ‘’APRILFOOL!!’’, sambil berlari keluar kelas untuk melampiaskan tawanya. Qayyum geram! ‘’dia ni memang nak kena dengan aku, kau tunggu lah!’’. Kata qayyum sambil mengepal jarinya. Mukanya merah menahan marah. Nadia hanya tergelak ketika bercerita mengenai peristiwa itu kepada anis. 
Sedang asyik dia bercerita mengenai peristiwa itu, haris, ketua pengawas sekolah itu, masuk ke kelas mereka dan memberitahu bahawa guru-guru ada mesyuarat tergempar dan mereka diarahkan untuk diam di dalam kelas. Di hati qayyum,inilah masa yang sesuai untuk dia membalas dendam. Dia berjalan ke arah nadia dan berdiri di hadapan gadis itu. Dia memandang tepat kearah anak mata nadia. Nadia yang sedari tadi sibuk bercerita mengenai  ‘kejayaannya’ mengenakan qayyum mula rasa tidak senang duduk apabila terasa ada sepasang anak mata sedang merenung tajam ke arahnya.
Lalu, dia bangun dan kembali ke tempat duduknya. Qayyum juga bangun dan mengekori nadia. Dia duduk di sebelah gadis itu dan terus menjalankan misinya. Dia benar-benar ingin membalas perbuatan nakal gadis itu. Nadia yang sememangnya tidak suka direnung berasa geram dengan qayyum. Semakin lama qayyum menatap wajah polos gadis di hadapannya itu, semakin dia ingin mengenali nadia. Hatinya sudah terpaut pada gadis itu sejak pertama kali lagi dia terpandang nadia zulaikha.
Nadia zulaikha sudah berura-ura ingin bangun secara perlahan-lahan apabila dia melihat qayyum seperti sedang berkhayal. ‘’haa, nilah masa yang sesuai untuk aku lepaskan diri daripada si tenuk ni, hihi.’’ Kata nadia sendirian. Dia segera meninggalkan qayyum dan terus menuju ke tandas untuk menyorok. Qayyum yang tersedar apabila melihat nadia zulaikha tiada dihadapannya, terus bangun untuk mencari nadia. Qayyum terperasan kelibat nadia zulaikha keluar dari kelas dan dia terus mengekori gadis itu. ‘’oh..pergi tandas ye, nak lari daripada aku lah tu.’’ Kata qayyum. Lalu dia mempercepatkan langkahnya dan berjaya memotong nadia zulaikha dan berdiri terpacak dan memandang tepat kearah gadis itu. Nadia zulaikha berasa amat tidak selesa apabila berada dihadapan qayyum pada waktu itu. Tambahan pula, qayyum memandang tepat ke arahnya.
Dia segera berpaling ingin beredar. Namun, qayyum terus mencapai tangan nadia. Nadia yang amat terkejut dengan perbuatan qayyum, terus menampar muka jejaka itu. Dan berlari menuju ke kelas. Qayyum hanya memandang sayu kearah nadia yang telah pergi meninggalkannya sambil memegang pipinya yang masih sakit. Salah nya juga kerana memegang tangan gadis itu yang dia tahu bukan muhrimnya.
Nadia zulaikha masuk ke kelas dengan perasaan geram dan marah. ‘’berani dia pegang tangan aku! Dia ingat dia sape? Sukati dia je pegang tangan anak dara orang! Huh!’’ bebel nadia zulaikha seorang diri. Dia masih lagi meneruskan bebelannya seorang diri hingga dia tidak menyedari bahawa qayyum sudah berada di sebelahnya. Dia memandang kearah qayyum dengan pandangan yang qayyum sendiri tidak dapat tafsirkan. ‘’err..saya nak…’’ tidak sempat qayyum ingin menghabiskan kata-katanya, nadia zulaikha sudah bergerak menuju ke tempat anis. Fahamlah dia, bahawa gadis itu marahkan dia.
Masa terus berlalu, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar sejak peristiwa tadi berlaku. Memandangkan hari itu hari jumaat, jadi mereka semua akan pulang awal. Nadia zulaikha segera beredar kerana tidak mahu  bertembung dengan qayyum. Hatinya masih sakit lagi dengan perbuatan lelaki itu. Qayyum pula merasakan bahawa inilah peluang untuknya meminta maaf kepada nadia zulaikha. ‘’na..na..nadia!!’’ panggilannya tidak diendahkan. Qayyum kecewa. Namun, dia tiba-tiba teringatkan program mereka hujung minggu ini. Rakan-rakan sekelasnya semua akan menghabiskan masa di pusat boling bersama-sama. Mereka semuaingin meraikan harijadi nadia zulaikha.
‘’yes!! Peluang aku!! Jangan risau nadia zulaikha, tomorrow never die!’’kata qayyum sendirian sambil tersenyum.









BAB 3
Hari yang dinantikan oleh nadia tiba juga. Dia akan menyambut hari jadinya bersama rakan sekelasnya di pusat boling. Qayyum pula menantikan hari itu, untuk meminta maaf pada nadia zulaikha atas kesilapannya tempoh hari.
Nadia diraikan dengan sungguh meriah, kehadiran hampir kesemua rakan sekelasnya memeriahkan lagi suasana. namun begitu, di hati kecilnya, dia sangat menantikan kehadiran faidz qayyum. Jejaka yang telah menggoncangkan hatinya. ‘’selamat harijadi nadia!’’ kata khairul padanya. ‘’terima kasih’’. Jawab nadia dengan senyuman manis. Dia dan khairul bnerbual kosong sambil memerhatikan gelagat rakan-rakan mereka bermain boling. Kemudian, anis datang menyertai mereka .’’bestnya nadia! Terima kasihlah sebab kau sudi jemput kitorang semua.’’ Kata anis pada nadia sambil memeluk mesra sahabat baiknya itu. Namun begitu, dia segera meleraikan pelukannya, lalu melihat ke setiap sudut pusat boling itu untuk mencari seseorang.  ‘’eh! Kau tak jemput qayyum ke?’’ tanya anis. ‘’haa? Qayyum? Jemput dia? Nak buat apa? Biarlah dia.’’ Jawab nadia dengan selamba.

Di satu sudut di luar pusat boling itu, qayyum sedang memerhatikan mereka semua di dalam. ‘’nak masuk ke tak nak? Nak, tak nak?, nak, tak nak? Hish! Pening! Haa! Aku mesej khairul jelah, tanya macam mana kat dalam tu.’’lalu, qayyum segera menaip satu pesanan ringkas untuk dihantar pada rakan baiknya itu.
Bro, ape cer kat dalam tu? Nadia ada tak? Kau keluar kejap boleh tak? Aku nak jumpa kau jap.
khairul yang pada waktu sedang leka mengajar anis bermain boling. Tidak dengar bunyi pesanan ringkas yang masuk. Kebetulan pula, telefon bimbit khairul berada di atas meja di hadapan nadia. Nadia memandang kea rah khairul dan menunujukkan isyarat bahawa ada pesanan ringkas masuk. Khairul hanya menyuruh nadia membacanya sahaja. Nadia membaca dan terkejut, ‘’macam mana mamat tenuk tu boleh tau yang aku ada kat sini, hish, ni mesti keje si khairul ni. Haa! Baik aku je yang pegi jumpa dia, bagi kejutan sikit, biar terkejut biawak dia.’’ Nadia bercakap sendirian sambil tergelak membayangkan bagaimana agaknya muka terkejut qayyum.

Qayyum yang sedari tadi sibuk menunggu tiba-tiba dengan tidak sengaja telah melanggar seseorang. Tanpa sempat dia meminta maaf, satu tumbukan tepat mengenai pipinya. ‘’buta ke??’’ jerit seorang lelaki yang berbadan besar lalu mencekak kolar bajunya. ‘’maaf! Maaf! Saya tak sengaja bang!’’.jawab qayyum dengan keadaan menggeletar. ‘’kau tunggu! Aku pergi panggil kawan aku kejap!’’ qayyum hanya mengangguk. Dia terkejut, pipinya sakit kerana ditumbuk. Dia kemudian memikirkan cara untuk melepaskan diri, kemudian dia terfikir.’’haa, nanti kalau dia dating, aku tempeleng dia kuat-kuat, lepastu aku larilah, haa! Bagus qayyum!’’ qayyum bermonolog sendirian.

Nadia Nampak seorang lelaki yang memakai tshirt polo berwarna putih, sedang menunggu seseorang di koridor pusat boling itu. Dia pasti itu faidz qayyum. Tanpa berlengah lagi, nadia terus berjalan secara perlahan menuju kea rah qayyum dan terus menepuk bahu jejaka itu, namun secara tiba-tiba, sebuah tamparan kuat mengenai pipi mulusnya. Qayyum yang menyangkakan lelaki jahat tadi yang datag terus melepaskan tamparan sekuat hatinya. Nadia menjerit kesakitan. Tepi Bibirnya pecah dan berdarah. Qayyum yang sangat terkejut melihat nadia zulaikha di situ. Dia sudah tersalah orang! Nadia zulaikha bangun dengan mata yang berair kerana menahan kesakitan, memandang qayyum dengan wajah yang bercampur baur. Dia terus berlari meninggalkan qayyum.qayyum merasa sangat bersalah apabila melihat nadia, apalagi apabila melihat darah di bibir gadis itu. Qayyum mengejar nadia namun………………